Wednesday, October 28, 2009

CerPEN..aku dan 4 isteri

Salam ukhwah saya hulurkan.Izinkan saya berkongsi cerita.Cerita yang sangat mengesankan dan menyebabkan hati bergetar, nurani bergetar.Dengar dulu kisah ini, bukan dengan telinga dan kata Tapi!! dengan jiwadan rasa...

Aku seorang ahli peniagaan yang mempunyai 4 isteri.Pada kesempatan ini aku ingin becrita tentang isteri2ku.Berimat?...jom ikuti kisahku ini...
ok Aku mulakan dengn isteri yang paling aku sayang.Siapa lagi, siapa lagi kalau bukan isteri keempat...Dialah paling muda, paling bertenaga.Dialah isteri yang paling aku cintai.Justeru itu, dia sangat banyak membantu aku,.kalau aku letih, dialah yang menyiapkan segala kerja yang melibatkan tenaga..Dia macam tidak pernah keletihan.Oh,brtua sungguh punya isteri muda yang kuat dan bertenaga.Dia adalah pujaanku yang sentiasa ku jaga dan kudambakan kasihnya...

Isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya,Diantara keempat2 isterku, dialah yang paling cantik.Wajahnya yang sangat memikat siapa sahaja yang melihat.Pandai berhias dan brgaul di dalam masjid.Dialah yang sentiasa menemaniku ke majlis2 penting.Oh bangga dalam hati...apabila memprkenalkannya pada kawan2.muka dan tuturnya sangat manis kelihatan!

Isteri yang kedua apa kurangnya, walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ister ketiga da keempat, dia punya akal yang cerdas.sangatpandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah.Oh..sungguh bertuah ..jika ku buntu dialah tempat aku rujuk..Ada sahaja buah fikira dan jalan penyelesaiannya.

Aduh, inilah isteri pertama.rupanya tidak ada..fikiran ditahap biasa2 sahaja.Tenaganya pula semakin diragut usia.kehadirannya semacam tiada.pergi tidak mengurang, datang tidak menambah .hendak kucerai tidak sampai hati.mujur dia tidakkisa walaupun aku jarang2 datangmenemuinya..bukan tidak kasihan, tetapi apa aku boleh buat, hatiku tidak ada lagi pada dia...ister tua...

hidupku riang dan ceria sehingga satu hari aku, tiba2 ku rasa badanku lemah.pandanganku berpinar-pinar dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku..Dengan segera aku dihantar ke hospital.Kaki tangan dan badaku tidak dapat bergerak lagi...Ya Allah ...apa sakitku..?

doktor datang dan berkata perlahan, mintak maaf Tuan, saya terpaksa berterus terang.''aku mendengarnya dengan gentar.
''tuan diserang barah di tahap terakhir.mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang...paling lama dua bulan.Tetapi ajal maut di tangan Allah.banyakkan berdoa.di sudut perubatan tidak ada apa-apa lagi yang bole dibuat kecuali mengambil ubat penahan sakit!

Aduh! bagai disambar halilintar.aku akan pergi buat selama2nya.mujur ,mulut masih boleh berkata2.lalu ku panggil keempat2 isteriku.ingin kutemui mereka demi seorang.merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini..pertama kutemui tentulah isteri yang tersayang...isteri keempat..
''Yang , awak tahu tak abang akan pergi tidak lama lagi?
jika ditakdirkan,sudikah kalau awak mati bersama dengan abang?
untuk menemani abang di alam barzakh sana? tanyaku perlahan sambil meramas2 tamgannya penuh kasih sayang dan harapan.

''bang soal mati jangan buat bergurau, abang pun tahukan saya muda lagi...abang mahu saya mati sama?..oh tidak! abang perlu faham situasi saya.jika abang mati relakan saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain, taklah abang tega membiarkan saya yang muda ini hidup menjanda?

terlepas tangannya yang kupegang.aku renung matanya untuk mendapat kepastian.ya, dia pasti..tidak ada ragu yang dapat ''kubaca'' daripada sinar matanya.jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda.janda muad, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar, aku masih mampu melontar sisa2 senyuman yang masih tinggal.wajahnya cantik, molek dan rupawan seperti biasa.oh,alangkah sukarnya untuk aku berpisah dengannya nanti..
''darling, abang akan pegi selamanya...

''ya, abang saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang di sisi..balasnya bersama tangisan.
ah,ada harapan ni..bisiku dalam hati.

''Darling..sudikah kalau awak menemani abang di barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?kataku menduga cintanya.
dia tersentak.matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak.dan lehernya yang jinjang mengeleng2 perlahan.

''bang, kita perlu rasional.kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abng hidup sahaja.apabila abang mati, saya perlu teruskan kehidupan.
oh,kau juga serupa .alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikkanmu akan dinikmati oleh lelaki lain.harapanku hancur.

ya, isteri yang kedua adalah adalah harapan terakhirku, dialah yang serng menyelesaikan sebarag masalah.tentu masalah ini juga mampu diselesaikannya.

''abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalh abang? tanya isteri keduaku sebaik sahaja mata bertentangan.

ya,..ya kaulah satu2nya harapan abang yang masih tinggal. ''saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaian masalah abang dengan lancar....
'dengan lancar?
'ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik.perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya.InsyaALLAH, perniagaan dapat diteruskan.abang usah risau.batu nisan yang mahal saya telah saya tempah.begitu juga,dengan tanah perkuburan.Imam , jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.'

''Bukan itu abang maksudkan.itu bukan masalahnya.tapi masalahnya..abang takut hidup bersendirian di alam kubur, sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang...kini bantulah abang seprti biasa.''

''Apa masalah, abang''?
''sudikah, kau menemani abang di alam kubur?''
isteri keduaku terkejut .dia menutup mukanya dan berlalu segera sambil menangis.

harapanku hancur.semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi.aku terkapa2 sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati.alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti...tiba2 ...''Assalamualaikum,bang...
Ah, terlupa, aku masih punya satu isteri lagi..
''Waalaikum salam,''jawapku hambar.aku tidak mengharapkan apa2 daripadanya.aku tidak akan mengeukakan apa2 perintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti.mustahil dia yag sering aku tinggal sudi menemaniku.
''terima kasih kerana abang masih sudi terima saya,'' katanya sebaik bersalaman.

isteri pertamaku merenung mataku.matanya bersinarjernih dan ketenanga tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

''abang,saya sanggup menemani abang.ke mana sahaja.di mana jua.saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama.jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abang di alam kubur!''

Ah,alangkah gembiranya hatiku.rupa2nya dia yang seing aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna.aku terharu dengan keikhlasannya.Dialah yang hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga , rupa dan idea.

Saudari-saudari siapakah 'aku' dalam cerita ini?
siapa lagi kalau bukan kita.kitalah yang punya empat 'isteri'.isteri keempat ialah jasad kita dan tubuh kita.daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga.justeru, 'dia' kita jaga sepenuhnya.
diberi makan dan minum dan melindungi daripada penyakit.kita sangat sayang kepadanya.masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuh dan seuruhnya untuk membelai anggota badan kita.jangan sakit, cacat dan lemah.

pelbagai makanan kita tambahan, dan uabt2 serta rawatan kita usahakan untuk mendapatkan teaga daripada tubuh badan.

isteri ketiga kita ialah harta, siang malam kita memikirkan bagaimana menambahkannya, bagaimana meningkatkan kewangan keluarga.tidak cukup dengan kerja yang kita ada, kita usahakan kerjatambahan, apabila wang betambah, simpanan meningkat, kita belikan aset.kita bangga memperagakan rumah, kereta, dan segala aset pencarian kita.ironis sekali, sekali seolah2 'nilai' kita terletak pada barang2 yang kita milik itu.


istei kedua kita ialah, anak, isteri, sanak saudara dan ahabat2 kita.pada merekalah kita meluahkan masalah.pada merekalah kitaharapkan pandangan, menasihati,menegur dan mencar jalan penyelesaian, merekalah yang selalu kitatemui, jemput dan raikan dalam hidup.hidup akan sepi tanpa mereka disisi.

isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah.itulah yang sering kita lupa.kita pinggirkan. bila hendak menambahkan amal ?
bila hendak bertaubat? nanti, esok masih ada....bila hendak bertaubat? tunggu...usia masih muda...segala keaikan sama ada yang berbentuk hablumminaALLAH (hubungan dengan Allah) dan hablumminnas (hubungan dengan manusia) sering tidak mendapat keutamaan.segalanya hanya seperti 'isteri tua' yang tidak mengghairahkan dan tidak menggiurkan..
by phrol muhamad juoi

wahai..saudara2ku....renunglah sejenak...berapa lama lagikah kita di dunia ini!...kita pun tidak pasti...oleh itu, persiapkan dirimu dengan mematuhi segala perintahNya...

No comments:

Post a Comment