Sunday, December 27, 2009

semester baru...


salam pembuka bicara...

Rasa macm baru semalam je cuti, dah nak mula semester baru n tahun baru maknanya usia kita makin bertambah,beban pun makin bertambah.pendek kata mcm2 btambah TAPI.adakah iman kita makin bertambah ye?...ermm...pape2 mulakan tahun baru ni, dgn azam yang tinggi di iringi dgn usaha ye..buat teman2 seperjuanganku, selamat menempuh tahun baru n semester baru, smga khdupan kita semua dirahmati Allah,..smga kita semua akan menjadi bakal pendidik yang soleh dan solehah..insyaAllah.

Buat ibu dan ayahku, syukran krn kalian tlh menjadi ibu bapa yang terbaik buatku,maafkan anakmu andai hati kalian pernah terluka disebabkan anakmu..maaf ye ma n abah..doakan smgo diriku menjadi anak yang solehah ye..ameen.

Wednesday, October 28, 2009

Buatmu yang merindui Hidayah...


kutitipkan di sini sebuah nukilan yang mungkin mewakili bicara hatimu di saat ini...

Kumencari...

puas sudah,
kucari kebahagian,
di sisi teman2,
ku dapat hanya kelalaian

kucari lagi,
di hati seorang kekasih,
ku dapat hanya kekecewaan,
dan terus kumencari,
dalam meniti hari,
penuh kekosongan,

Oh, dimana lagi harus aku mencari,
membawa sekepig hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yang tiada haluan.

Aku keliru sendiri,
apa yang ku cari,
apa yang ku perlu,
aku masih tak bisa mengerti,
yang pasti,
kekosongan ini minta diisi,

sejnak ku tersedar,
aku mencari cinta Agung,
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

ku sedar,
destinasi pencarianku di sini,
ku mencari-Mu Tuhan,
mengharapkan keredhaan,
menagih kebahagiaan,
dan sinar cahaya iman.

by fatimah syarha noordin...

Nabi pernah mengalir air mata kerana ummatnya..namun..pernahkah kita mengalir air mata untuknya...untuk Kekasih Allah!!..


Get Here Mesej Picture

......hayatilah ....renunglah...wahai hamba Allah..

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar
cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan
sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang
mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar
dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman
menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya
dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati
semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika
turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan
detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu
rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya,
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya
yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini
aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi
bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian
dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak
membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi.
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga
bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh
tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang.
Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana
sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan
Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan
telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah
di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,
umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik
wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan
kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul
kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti
Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya
selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin….

Kuatkan imanmu.....Tabahkan hatimu.....

seorang muslim yang cemerlang ialah muslim yang berjaya menghadapi tekanan yang dihadapinya...tak kiralah apa jua masalahnya sama ada masalah yang melibatkan keluarga, masyarakat atau negara...
...apa yang penting di sini ialah, sejauh manakah kita mampu hadapi tekanan tersebut, sebanyak itulah ganjaran pahala yang akan kita dapat...ingat ye...semakin besar tekanan yang dihadapi, so semakin besar nilai pahala di sisi Allah s.w.t..Iman kita juga akan bertambah dan berkurang dengan tekanan2 yang datang dan pergi itu...
sekiranya, tekanan yang kita hadapi tu, kita dapat hadapi dengan baik...alhamdulillah...akan membawa kesan yang baik...namun!..jika tekanan tu kita tidak hadapi dengan baik...maka ia akan membawa kesan yang buruk kepada kita sama ada dari segi emosi ke, rohani ke atau pun jasmani kita...renung2kanlah ye...semoga kita semua dirahmati Oleh-Nya ....





seorang muslim

Aku menyintaiMU yA Allah

sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan kita nikmat yang banyak....
sesungguhnya Dia telah menganugerahkan kepada kita kecintaan terhadap-Nya dan telah melimpahkan kepada kita belas kasih-Nya..(Syeikh Muhammad Ghazali)

CerPEN..aku dan 4 isteri

Salam ukhwah saya hulurkan.Izinkan saya berkongsi cerita.Cerita yang sangat mengesankan dan menyebabkan hati bergetar, nurani bergetar.Dengar dulu kisah ini, bukan dengan telinga dan kata Tapi!! dengan jiwadan rasa...

Aku seorang ahli peniagaan yang mempunyai 4 isteri.Pada kesempatan ini aku ingin becrita tentang isteri2ku.Berimat?...jom ikuti kisahku ini...
ok Aku mulakan dengn isteri yang paling aku sayang.Siapa lagi, siapa lagi kalau bukan isteri keempat...Dialah paling muda, paling bertenaga.Dialah isteri yang paling aku cintai.Justeru itu, dia sangat banyak membantu aku,.kalau aku letih, dialah yang menyiapkan segala kerja yang melibatkan tenaga..Dia macam tidak pernah keletihan.Oh,brtua sungguh punya isteri muda yang kuat dan bertenaga.Dia adalah pujaanku yang sentiasa ku jaga dan kudambakan kasihnya...

Isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya,Diantara keempat2 isterku, dialah yang paling cantik.Wajahnya yang sangat memikat siapa sahaja yang melihat.Pandai berhias dan brgaul di dalam masjid.Dialah yang sentiasa menemaniku ke majlis2 penting.Oh bangga dalam hati...apabila memprkenalkannya pada kawan2.muka dan tuturnya sangat manis kelihatan!

Isteri yang kedua apa kurangnya, walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ister ketiga da keempat, dia punya akal yang cerdas.sangatpandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah.Oh..sungguh bertuah ..jika ku buntu dialah tempat aku rujuk..Ada sahaja buah fikira dan jalan penyelesaiannya.

Aduh, inilah isteri pertama.rupanya tidak ada..fikiran ditahap biasa2 sahaja.Tenaganya pula semakin diragut usia.kehadirannya semacam tiada.pergi tidak mengurang, datang tidak menambah .hendak kucerai tidak sampai hati.mujur dia tidakkisa walaupun aku jarang2 datangmenemuinya..bukan tidak kasihan, tetapi apa aku boleh buat, hatiku tidak ada lagi pada dia...ister tua...

hidupku riang dan ceria sehingga satu hari aku, tiba2 ku rasa badanku lemah.pandanganku berpinar-pinar dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku..Dengan segera aku dihantar ke hospital.Kaki tangan dan badaku tidak dapat bergerak lagi...Ya Allah ...apa sakitku..?

doktor datang dan berkata perlahan, mintak maaf Tuan, saya terpaksa berterus terang.''aku mendengarnya dengan gentar.
''tuan diserang barah di tahap terakhir.mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang...paling lama dua bulan.Tetapi ajal maut di tangan Allah.banyakkan berdoa.di sudut perubatan tidak ada apa-apa lagi yang bole dibuat kecuali mengambil ubat penahan sakit!

Aduh! bagai disambar halilintar.aku akan pergi buat selama2nya.mujur ,mulut masih boleh berkata2.lalu ku panggil keempat2 isteriku.ingin kutemui mereka demi seorang.merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini..pertama kutemui tentulah isteri yang tersayang...isteri keempat..
''Yang , awak tahu tak abang akan pergi tidak lama lagi?
jika ditakdirkan,sudikah kalau awak mati bersama dengan abang?
untuk menemani abang di alam barzakh sana? tanyaku perlahan sambil meramas2 tamgannya penuh kasih sayang dan harapan.

''bang soal mati jangan buat bergurau, abang pun tahukan saya muda lagi...abang mahu saya mati sama?..oh tidak! abang perlu faham situasi saya.jika abang mati relakan saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain, taklah abang tega membiarkan saya yang muda ini hidup menjanda?

terlepas tangannya yang kupegang.aku renung matanya untuk mendapat kepastian.ya, dia pasti..tidak ada ragu yang dapat ''kubaca'' daripada sinar matanya.jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda.janda muad, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar, aku masih mampu melontar sisa2 senyuman yang masih tinggal.wajahnya cantik, molek dan rupawan seperti biasa.oh,alangkah sukarnya untuk aku berpisah dengannya nanti..
''darling, abang akan pegi selamanya...

''ya, abang saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang di sisi..balasnya bersama tangisan.
ah,ada harapan ni..bisiku dalam hati.

''Darling..sudikah kalau awak menemani abang di barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?kataku menduga cintanya.
dia tersentak.matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak.dan lehernya yang jinjang mengeleng2 perlahan.

''bang, kita perlu rasional.kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abng hidup sahaja.apabila abang mati, saya perlu teruskan kehidupan.
oh,kau juga serupa .alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikkanmu akan dinikmati oleh lelaki lain.harapanku hancur.

ya, isteri yang kedua adalah adalah harapan terakhirku, dialah yang serng menyelesaikan sebarag masalah.tentu masalah ini juga mampu diselesaikannya.

''abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalh abang? tanya isteri keduaku sebaik sahaja mata bertentangan.

ya,..ya kaulah satu2nya harapan abang yang masih tinggal. ''saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaian masalah abang dengan lancar....
'dengan lancar?
'ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik.perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya.InsyaALLAH, perniagaan dapat diteruskan.abang usah risau.batu nisan yang mahal saya telah saya tempah.begitu juga,dengan tanah perkuburan.Imam , jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.'

''Bukan itu abang maksudkan.itu bukan masalahnya.tapi masalahnya..abang takut hidup bersendirian di alam kubur, sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang...kini bantulah abang seprti biasa.''

''Apa masalah, abang''?
''sudikah, kau menemani abang di alam kubur?''
isteri keduaku terkejut .dia menutup mukanya dan berlalu segera sambil menangis.

harapanku hancur.semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi.aku terkapa2 sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati.alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti...tiba2 ...''Assalamualaikum,bang...
Ah, terlupa, aku masih punya satu isteri lagi..
''Waalaikum salam,''jawapku hambar.aku tidak mengharapkan apa2 daripadanya.aku tidak akan mengeukakan apa2 perintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti.mustahil dia yag sering aku tinggal sudi menemaniku.
''terima kasih kerana abang masih sudi terima saya,'' katanya sebaik bersalaman.

isteri pertamaku merenung mataku.matanya bersinarjernih dan ketenanga tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

''abang,saya sanggup menemani abang.ke mana sahaja.di mana jua.saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama.jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abang di alam kubur!''

Ah,alangkah gembiranya hatiku.rupa2nya dia yang seing aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna.aku terharu dengan keikhlasannya.Dialah yang hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga , rupa dan idea.

Saudari-saudari siapakah 'aku' dalam cerita ini?
siapa lagi kalau bukan kita.kitalah yang punya empat 'isteri'.isteri keempat ialah jasad kita dan tubuh kita.daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga.justeru, 'dia' kita jaga sepenuhnya.
diberi makan dan minum dan melindungi daripada penyakit.kita sangat sayang kepadanya.masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuh dan seuruhnya untuk membelai anggota badan kita.jangan sakit, cacat dan lemah.

pelbagai makanan kita tambahan, dan uabt2 serta rawatan kita usahakan untuk mendapatkan teaga daripada tubuh badan.

isteri ketiga kita ialah harta, siang malam kita memikirkan bagaimana menambahkannya, bagaimana meningkatkan kewangan keluarga.tidak cukup dengan kerja yang kita ada, kita usahakan kerjatambahan, apabila wang betambah, simpanan meningkat, kita belikan aset.kita bangga memperagakan rumah, kereta, dan segala aset pencarian kita.ironis sekali, sekali seolah2 'nilai' kita terletak pada barang2 yang kita milik itu.


istei kedua kita ialah, anak, isteri, sanak saudara dan ahabat2 kita.pada merekalah kita meluahkan masalah.pada merekalah kitaharapkan pandangan, menasihati,menegur dan mencar jalan penyelesaian, merekalah yang selalu kitatemui, jemput dan raikan dalam hidup.hidup akan sepi tanpa mereka disisi.

isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah.itulah yang sering kita lupa.kita pinggirkan. bila hendak menambahkan amal ?
bila hendak bertaubat? nanti, esok masih ada....bila hendak bertaubat? tunggu...usia masih muda...segala keaikan sama ada yang berbentuk hablumminaALLAH (hubungan dengan Allah) dan hablumminnas (hubungan dengan manusia) sering tidak mendapat keutamaan.segalanya hanya seperti 'isteri tua' yang tidak mengghairahkan dan tidak menggiurkan..
by phrol muhamad juoi

wahai..saudara2ku....renunglah sejenak...berapa lama lagikah kita di dunia ini!...kita pun tidak pasti...oleh itu, persiapkan dirimu dengan mematuhi segala perintahNya...

Hati kita Milik siapa?

LeMBARan Hidup Wanita Solehah...



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung Cintaya kepada Allah dan Rasululla
Hartanya diperjuang ke jala Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Ainsyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tidak sukar untuk melaksanakan..

Mengalir air mataku,
Mengenangkan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah...
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup siti sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yag masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanyalah pada allah
Itulah dia Siti hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

BangkitLah Wahai saudaraku.....


....iNGAT..kita tak tahu bila tibanya ajal kita, betapa ruginya kita jikalau kita tak rebut peluang untuk memperbaiki amalan kita,...rebutlah peluang ini, selagi kita masih dikurniakan untuk hidup di dunia ini,...memang kita tak nafikan..hidup di dunia penuh dengan pelbagai dugaan,..apatah lagi jiwa remaja kita yang selalu ingin memberontak...Ayuh...kuatkan imanmu..untuk mendapat redhNya..Bila kau diuji dengan ujian dunia..mohonLah padaNya..supaya dikuatkan hatimu untuk mendekatiNya..
Ya Allah,..kami insan yang sangat lemah, kami memerlukan pertolonganMu dalam menempuh ujian-ujian di dunia ini..AmpuniLah kami...