Friday, January 1, 2010

aYuh uBati HaTI !!



Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging tersebut baik,maka baiklah seluruh anggota badannya, akan tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.Daging tersebut itu ialah 'HATI'. (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

hati diibaratkan sebagai raja kpd anggota badan, ia berkuasa mengarahkan sama ada untuk melakukan kebaikan dan keburukan.andaikata seseorang itu melakukan perbuatan yang keji dan dilarang, itu bermakna seseorang itu mempunyai hati yang sakit.Namun kita perlu ingat, manusia dikurniakan akal untuk berfikir dalam membuat sesuatu tindakan..Ayuh ubatilah hati yamg sakit sebelum ia menjadi semakin parah :D.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya, pendengaran,penglihatan dan hati, semua itu akan dipertanggungjawapkan.(Surah Al-isra' 17:36)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w : Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyu' dalam beribadah.Redalah dengan rezeki Allah yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya.Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang mukmin.Cintailah orang lain pada hal2 yang kamu cintai bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang Muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa , sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mematikan hati.( RiWayat ahmad dan al-tirmizi)


Kenali hati yang sakit.
- cepat marah
- Bakhil
- riyak
- kejam dan zalim
- fasiq
- suka membenci
- hasad dengki
malas melakukan ibadah
- sombong

cara untuk mengubati hati, antaranya kembali kepada Allah dengan rendah hati dan jagalah ibadah terutamanya ibadah solat. sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w :'' Banyakkanlah sujud pada Allah s.w.t, sesungguhnya bila sujud sekali, Allah akan mengangkat darjat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu''.(Riwayat Muslim)

Pahit manis kehidupan

Alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan usia yang panjang oleh Allah, untuk meneruskan hidup, untuk menjadi hamba kepadaNya..hari ini dah masuk tahun baru 2010.. kalau sebelum ni, pelbagai ujian dan halangan kita telah lalui, .biarpun ujian tu pahit atau manis namun kita perlu hadapinya dengan sabar. hidp tak ada erti tanpa ujian hidup..
...